Thursday, November 4, 2010

Alkisah kelahiran...Part 1

Hello.. sepatutnya entry ni dibuat 4 bulan yang lepas tp disebabkan sedang dalam peralihan masa iaitu sedang dalam tempoh penyesuaian diri dgn tugas sebagai ibu, jadi entry ini ditangguhkan.

Sesi flashback: Kandungan aku masa dari 7 bulan lagi mmg dah songsang.. sampai la dah masuk 9 bulan, still songsang. So, klinik kesihatan telok datok buat surat rujukan ke hospital putrajaya.. Kenapa hospital putrajaya? Sbb aku dan hubby tak nak gi hospital klang.. Malas nak bersesak di situ..

So, 1/6/2010 tarikh temujanji aku dgn hospital putrajaya.. Setelah check up biasa dibuat, masuklah aku dan hubby berjumpa dr pakar kat situ. Dr azmi namanya.. Dia propose buat ECV kat aku.. Dia ckp tu jalan terakhir nak pusingkan baby ke laluan yang normal. ECV tu apa? ECV tu external cephalic version. ECV tu prosedur utk pusingkan baby yang songsang ke laluan yang normal dari luar. Kiranya macam bidan urut utk pusing baby songsang tu la tapi bezanya ni dr yang buat. Kira safe sikit la. Dr tu terangkan jugak pasal caesarean. Dia ckp kalau ECV tak berjaya, then we go for caesar. Then, my hubby mintak ECV. Dia kata better try ECV. Dia takut kena belah2 ni. Erk, macam dia lak yang nak kena belah. So, disebabkan taat pada suami so aku pilihlah ECV. Dr kasi date 10/6/2010 utk prosedur tu.

10/6/2010, aku puasa sbb utk jalani prosedur tu kena puasa. Reason: tak nak kasi tekanan pada perut. Sebelum prosedur tu buat check up biasa. Pastu check jantung baby. Bila jantung baby normal, nurse kasi injection utk kasi aku dgn baby relax. Selepas itu bermulalah prosedur ECV tu. Sakit rupanya prosedur tu. Pastu baby lak tak nak cooperate. Ada la setengah jam buat prosedur tu. Lepas tu check jantung baby lagi sekali, takut baby stress due to that procedure. Disebabkan baby ok dan tidak mahu berpusing (tetap nak perut mummy kena belah ye) maka dr set date utk caesar. Date bertuah adalah 16/6/2010.

Sebelum 16/6/2010 tu sempat aku melantak nasi minyak sepupu hubby aku kawin.. Haha, melantak nasi minyak kali terakhir sebelum berpantang.. 15/6/2010, aku kena admit kat wad hospital putrajaya. Hubby dgn parents aku hantar. Time ni boleh relax2 lagi, gelak-gelak bersukaria.. Bila org sumer dah balik, mula la rasa cuak. Huhu.. Malamnya, nurse siapkan aku utk operation besok paginya. Dr dtg utk interview sikit. Bermula 12.00 tgh malam, kena puasa.. Sempat aku baca Yaasin, buat penguat semangat.

Pukul 4.00 pagi nurse kejutkan aku, nak check jantung baby.. Pukul 6.00 pagi aku siap2, mandi. Keluar2 je bilik air tgk ada baju utk operation. Rasa cuak gak la. Nurse suruh tukar baju and makan ubat yang diaorg kasi. Pukul 7.00 pagi dah disorong ke bilik bedah kat tingkat 1. Sampai kat tingkat 1 tu, tgk2 hubby, mil dgn parents aku ada. Lepas salam2 aku disorong masuk.

Alkisah kelahiran.. Part 2

Kat dalam ruang menunggu sebelum ke OT, ada dr pakar bius interview aku. Asik la tanya nama,IC and kenapa aku kena caesar. Aku rasa ada la nak dekat 5 kali dia tanya. Sekali tanya je tak leh ke? Takut silap orang agaknya. Lepas tu aku kena sorong ke OT room. Bilik no 8.

Di dalam OT, dr bius separuh badan. Lepas dah kebas separuh badan baru masuk salur kencing tu. Sakit rupanya kena cucuk bius ni ek. Oh, tepat pukul 8.00 pagi selepas itu bermula sesi kerat-mengerat.. Time operate ni takde sape leh masuk temankan aku. Kalau ada peluang masuk pun lum tentu hubby aku nak masuk. Dia kata dia ngeri tgk belah2 ni. Bila sesi belah tu aku leh relax lagi, yelah diaorang pasang cd lagu dato' siti beb. Tapi dlm OT tu sejuk giler sampai mengigil2 badan aku dibuatnya.. Tepat kul 9.03 pagi, baby aku dah keluar. Nampak gak la dr angkat baby aku. Kuat giler dia menangis. Then, nurse bawak baby utk dibersihkan. Lepas tu bermula sesi mencantumkan keratan yang telah dibuat. Masa proses tu nurse bwk baby tunjuk kat aku. Dia suruh tgk bebird baby tu dgn cium. Syahdu rasanya time tuh. Bermula fasa menjadi seorang ibu.

Dah sudah tercamtum keratan itu, selesai sudah operasi. Sakit mula terasa sbb biusnya dah hilang. Nak beralih dari katil bedah ke stroller seksa betul. Tapi nak buat camne, yang penting operation selamat. Pastu aku dibawa ke ruangan pemulihan. Duduk bawah pemanas. Lepas setengah jam iaitu tepat pukul 10.00 pagi aku disorong masuk ke wad 2B. Parents aku tunggu kat wad. Dalam setengah jam lepas aku sampai kat wad, nurse bawak baby.

Ni lah baby tu...


Armand Nadhim bin Hermyzam
16 Jun 2010 (3 Rejab 1431)

Oh, cerita lain ek? Bakal menyusul.. Daa..



Monday, November 1, 2010

Breastfeeding memory during confinement period..

Hello.. tetiba rasa nak citer pengalaman breastfeed masa berpantang dulu.. I deliver my baby through caesarean as my baby songsang from 7 months lagi.. I deliver kat hospital putrajaya which is hospital rakan bayi.. i deliver on 16/6/10, 9.30 am.. oops, pengalaman bersalin citer nanti la ek.. haha..

Oh, after i deliver tu i tak leh terus breastfeed my baby sbb i terlantar je tak leh bangun for 8 hours.. masa family in law dtg melawat tengahari tu i ingat nak breastfeed my baby tapi diaorg fikir susah nak breastfeed sbb i takleh bangun.. And diaorang lak tanya praktikal nurse yang ada kat situ boleh ke i bangun nak breastfeed my baby.. And jawapannya of course la tak boleh sbb i tak leh bangun.. tapi sebenarnya i boleh breastfeed my baby tapi kena ada bantuan dari org.. sedih i tau tak dapat nak breastfeed baby i seawal mungkin.. Lepas diaorg balik tinggal la i dgn my sister.. Tiba2 dtg senior nurse kat situ marah i sbb tak breastfeed baby i.. Dia kata i kena breastfeed baby kalau tak nnt rahim i tak kecut.. Then dia picit i nyer nipple.. Sakit masa dia picit tu and i nampak ada cecair kuning which is colostrum.. Dia cakap susu banyak ni and dia suruh my sister tolong pegangkan baby while i breastfeed.. Parents i masa tu gi lunch..

Hari pertama dan kedua baby i tak pandai latch.. dia nangis tak nak.. So i perah colostrum tu kasi minum pakai cup.. Kira ok la dari takde dpt colostrum langsung kan... Start ari kedua malam baru dia nak menghisap and nurse kat hospital putrajaya very helpful kalau kita mintak ajar camne nak breastfeed dgn betul.. Diaorg ajar breastfeed sambil baring lagi.. And bila i dgn baby kena admit kat paed ward pun diaorg very helpful on teaching how to breastfeed baby.. best ar diaorg nih.. i happy sgt masa kat ward sbb i dpt breasfeed tanpa gangguan even my baby kena phytotheraphy..

Lepas discharge ward i berpantang kat umah MIL selama sebulan.. Masa nih a bit tense sbb i tak dapat sgt amalkan breastfeed on demand sbb nenek dia tak faham sgt and dia over excited nak pegang baby tuh.. Tapi masa i pantang kat umah family i kat kg i happy sbb i dpt breastfeed baby tanpa gangguan.. So hasilnya baby i naik 1.2 kg lepas masa timbang on 2nd month.. Masa first month dpt naik few grams je..

Lagi satu masa pantang kat umah MIL dia slalu risau takut susu i tak cukup utk baby.. Tak sudah2 asik tanya tak nak tambah susu FM ke? I  ni jenis keras hati nak kasi gak susu ibu, tak beli pun FM.. Jenis menantu degil kan..Haha.. Dia slalu sgt risau sbb breast i jenis kecik so dia igt breast kecik tak banyak susu.. Tapi skg nih bila dia tgk stok susu i banyak baru dia diam..

Nak breastfeed anak kena keras hati sikit.. Macam i.. Haha..Takde la, yang penting azam kena kuat.. Susah memang susah.. Tapi result yang kita dapat mmg best.. I suka sgt tgk reaksi my baby skg bila dia nmpk i.. Mesti dia senyum plus gelak2 nak dapatkan i especially bila time nak menyusu.. Tenang sgt masa breastfeed dia... Ok la, i nak gi pump susu.. breast dah mula sakit nih.. Nih, pic permata hati yang dikasihi..


Daa..


Monday, September 20, 2010

Salam Lebaran 2010

Holla.. Rasanya aku dah terlambat untuk membuat ucapan salam aidilfitri ini lantaran aidilfitri sudah disambut 10 hari yang lepas.. Tapi ada aku kisah? Yang penting kita masih dalam bulan syawal dan kita masih merasai kehangatan sambutannya.. Hahaha

Tahun ni buat pertama kalinya aku menyambut syawal yang mulia ini sebagai seorang isteri.. Opps, tambah lagi satu... sebagai seorang ibu.. Wah, advance tau.. Last year aku nikah raya ke-4.. Tak lama lepas nikah aku pregnant.. Bunting pelamin orang tua2 kata.. Rezeki cepat.. Dan masa raya tahun ni anak kitorang dah 3 bulan.. Dan 3 hari lagi hari sambutan ulangtahun perkahwinan kitorang... Uish, cepat betul masa berlalu.. Badan aku sudah kembang tapi asalkan orang kata nampak cantik aku tak kisah.. Sejak aku deliver Adhim muka aku pun dah licin.. Rasanya sebab darah2 kotor dah disedut semasa process pembedahan caesarean dulu.. Huhu.. Ada2 je la ko fida..

Oh, pic raya kitorang tak banyak amik pun sbb tahun ni hubby i demam + ada ulser tonsil.. Sampai 5-6 hari gak nak baik.. Tapi berjalan raya tetap jugek.. Aku tak peduli hubby aku demam ke tak.. Yang penting jalan2 bawak Adhim.. Sampai ke JB, Terengganu, Negeri Sembilan aku dan family berjalan raya..hahaha.. Cian my hubby, tapi takpela nasib aku tau drive.. So kalau dia tak larat aku leh drive and Adhim lak leh suruh adik aku jagakan.. And hubby leh ngorok.. ;)

Story mory yang lain akan dihebah2kan kemudian..sampai ketemu lagi di lain waktu dan masa.. Chow...

Thursday, September 2, 2010

New update?

Huh, sudah lama tak menjenguk blog nih.. Since i had delivered my cute baby Armand Nadhim till now. Banyak gak nak cerita nih especially bout my new baby.. :)  Till meet again..

Thursday, May 27, 2010

Pregnancy...

Now, i'm 35 weeks pregnant...Another 5 weeks for my baby to see this beautiful world...Tapi rasanya tak sampai 5 minggu kot...Lagipun i had breech pregnancy, so slightly kena caesar...Tapi tak kisah la, yang penting my baby and i selamat...

Last check up my weight cuma naik 1kg je...so my weight now 70.5kg.. Hb level naik to 10.8, urin ok...and saya dah dapat surat rujukan ke hospital putrajaya...tu sbb saya dgn hubby mmg planning kalau in case saya kena caesar, mintak hospital putrajaya...kalau normal tu gi private la... nak casesar kat private mahal lor... Dari membazir kena bayar mahal utk caesar kat private better guna duit tu beli barang baby yang tak cukup lagi... That's what my hubby said la...heheh.. Tarikh appointment kat hospital putrajaya pun dah dapat, 1/6/2010... 31/5/2010, ada check up kat klinik kesihatan telok datok...

Kejap je kan nak abis bulan Mei, 2010.. Next week nak masuk bulan Jun, 2010.. That time is the time for my hubby and me counting days for our baby's birth... Can't wait to see our baby... Rupa siapa la ek... Masa scan mmg dah tgk rupanya, tp tak puas la... Tapi normal la kan, semua first time parents akan rasa camtu gak kan...hihi

Hmm, that's all la for now...nnt starting jun baru update balik ye...daa

Thursday, April 29, 2010

How far...

When we enter marriage life, there is no turning back..We just face whatever situation in marriage life with a guy or a woman who already become our spouse... Every moment no matter it is sour, sweet or bitter we are always manage to get through it together with him or her... SACRIFICATION is important... No matter who sacrifice first, the other one must do something to appreciate the sacrification...

But how far, and for how long for the one who always sacrifice should sacrifice all the time? Don't the other one has sympathy feeling inside them? Dont be too cruel... Please be fair to the other one... Its important to know that the one who always sacrifice for you loves you alot... Let them know also that you also love them by doing some sacrification for them... And you'll be loved more than ever...

Thursday, April 22, 2010

Suntikan inferon...

Suntikan inferon? Apa tu? Tu nama injection yang dikenakan ke atas pesakit yang ada anemia atau secara mudahnya kurang hb dalam darah la...Saya dikenakan suntikan inferon sebanyak 36ml dan dipecahkan kepada 10 suntikan...2 hari sekali kena injection ye...suntikan yang sakit tapi for baby's sake, ape jua sanggup dilakukan...;)

Sudah malas nak taip panjang2...nanti bila rajin saya sambung balik ok...daa

Tuesday, April 20, 2010

Anemia and Pregnancy

Yesterday, i had antenatal check up as usual...Thought my hb level was increased but it actually decreased...Feel so sad...tapi berserah je...So masa gi jumpa doc, i was advised to get injection to increase my hb level...i just said ok...so, doc tetapkan dose yang i perlu kena sebanyak 36ml divided to 10 times injection...setiap 2 hari sekali ye dan cucuknya di punggung saya yang semakin gebu itu...saya cuak gak sbb org kata injection tu sakit...nurse kat situ pun ada ckp yang bila kena injection tu ada side efeknya gak such as pening2, muntah2, rashes and sometimes ada gak leh pengsan...hmm, bila dgr mmg rasa takut gak..hish...pastu staff nurse tuh suruh i gi dptkan injection tu kat unit pesakit luar...ye la, mana tau saya pengsan lps dapat injection tuh...lagipun kat situ ada emergency unit...masa nak cucuk tuh, terpaksa la saya mengiring dan memberi punggung yang gebu itu utk dicucuk ye...masa nak cucuk tu nurse tuh suruh tarik and tahan nafas...adoi, mmg sakit masa dicucuk ye...rasa kebas sekejap kaki sebelah...so, duduk la jap kat klinik tu for 20 minit, ye la mana la tau ada pape efek lps injection tuh...lps 20 minit abis, i call my hubby to pick me up...:)

Itu pasal hb level low, lain2 perkembangan pasal my pregnancy...hmm, my weight incresed to 68.3kg, my blood pressure normal, baby heart beat normal and cuma doc je cerewet sgt pasal i nyer calculation baby movement...apa dia ingat keje aku asik duduk kat ofis je ke asik nak mengira bab movement...yang penting saya tau yang my baby always move...:)

Oh, here some info pasal anemia semasa hamil... got it from this website...http://ratuhati.com/

Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Apa itu Anemia

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.
Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian

Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.

Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia

Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.

Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
{mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.

Wanita yang mengandung kembar

Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.

Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.

Merokok dan meminum alkohol berlebihan

Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan

Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.

Kelihatan pucat

Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :
Loya

Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat

Sakit kepala dan pening

Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah

Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit

Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.
Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.
Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.


Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.

Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.
Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.

Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.

Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.

Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.

Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.

Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.

Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.

Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.

Tuesday, April 13, 2010

Hari yang gelap...

Hari ni terasa takde mood nak buat keje... Last nite my hubby request buatkan dia french toast...So pagi ni ingatkan before nak gi keje nak watkan dia french toast tuh...tp my MIL dah siapkan sarapan nasi goreng...Then hubby ckp tak yah buat la french toast tuh sbb mak dah masak nasi goreng...Terasa gak hati nih sebenarnya sbb saya mmg jarang masak sbb my MIL suka masak...So bila hubby request something utk saya masak, saya jadi excited...Even yang dia mintak tu sekadar goreng telur je..Tu pun kdg2 bila nak gorengkan telur utk dia ada je MIL kat dapur gak...So apa yang saya nak masakkan utk dia kdg2 tak menjadi macam yang saya harapkan...Quite sad...Can't say anymore words...nanti saya lagi sedih...:(

Monday, April 5, 2010

Geram...

Saya geram sangat hari ni...Esok saya cuti sebab ada antenatal check up, ultrasound and MGTT...So 3 in 1...Date tu klinik yang fix kan...And masa saya dapat date tu jadual kes mahkamah utk hari tersebut ada 1-2 kes je, so leh la lawyer yang ada handle...ni tetiba lak lawyer lagi sorang tuh cuti 2 minggu...pastu dia lak menambah lagi satu kes untuk hari esok...bos saya sampai tanya saya kenapa saya fix date mediacal check up ari esok...Dia siap leh tanya lagi yang kenapa i tak bawak court diary masa check up, so date yang i dapat utk check up tak clash dgn i nyer court case...hey, its not my fault ok...masa i dapat date tu ada 1-2 kes je...sape yang menambah lagi satu kes tuh kalau bukan you punyer lawyer kesayangan? Kalau takde MGTT dgn ultrasound i boleh pegi semua court case tuh and i leh check up petang...diaorg nih ingat i ni robot ke? Pastu ingat i sesuka hati fixkan date yang mmg kes tgh full...

Tensi tau...Huh...

Thursday, April 1, 2010

Income Tax...

Hello everybody...setiap tahun bila masuk je bulan April mesti ramai yang sibuk nak submit form kat LHDN utk taksiran cukai pendapatan...For me, this year is my first time i have to submit to LHDN and declare all my income for taxation...Hmm, leceh tul la...tapi terpaksa, nak wat camne kan...

Today i just got my pin number for e-filing system, so i dont have to fill up the form manually...Everything through online...Canggih sekarang nih, sumer online memanjang...Yang paling suka transaksi online2 nih my hubby la...suka sangat sbb bayar bil, transfer duit and segala bagai sumer online...For me, just the necessary transaction only yang i guna online...But for PTPTN payment i must do online sbb charges fee murah sikit..hehe...RM0.50 je compared to pay through their agent, RM2.00...

Opps, back to my e-filing...Pas dapat pin number tu terus la login kat LHDN tuh...there are compartment yang sediakan pc untuk kite online kat situ...tapi just utk urusan cukai2 nih la...bukan utk suka2...I try to fill up my form online...ada pegawai yang akan ajar kite camne nak isi form kat situ...Bile i dah isi form tuh, last sekali i diberitahu jumlah yang patut i bayar selepas rebate is RM200++...erk, terkejut i tau bila tgk jumlah banyak camtuh...oh, before that...camne i leh dapat figure2 utk diisi dalam form tuh? My office every year mmg kasi EA form utk mudahkan kite masa nak submit kat LHDN nnt...And, bila i tgk jumlah tuh, i panik gak...pegawai tu ckp yang i boleh balik dulu and cari mana2 source yang i leh kurangkan jumlah kena cukai tuh...fuh, lega i...

So, bermula mlm karang saya akan menyelongkar resit2 medical, buku, majalah tahun lepas utk digunakan masa nak submit form kat LHDN nnt...:)

Hmm, this week also my pregnancy dah 27 weeks...next week akan masuk thord and final trimester...huh, cepat tul masa berlalu...my baby also makin aktif menendang...hihi...bila baring nampak perut ternaik2 kena tendang...my hubby also look excited bila dia tgk perut i...The moment is so precious for both of us...tak sabar nak tunggu dia kuar...:)

That's all for now...see ya..

Monday, March 15, 2010

Wayang....

Aktiviti hujung minggu mulai bulan Mac nih ialah menonton wayang bersama hubby tercinta di TGV Bukit Tinggi...Mula dari ari sabtu awal bulan ari tuh, sampai la ari sabtu lepas...berturut2 asik tengok wayang jek..

First week, kitorang tengok citer "Book of Eli"...hubby nak tengok sebab ada Denzel Washington dalam citer nih...Saya pun ikut je la...Kitorang book online sbb malas nak beratur beli tiket kat sana...lagipun mmg confirm queue mesti panjang giler nyer...Sampai kat sana terus je collect tiket and masuk je panggung wayang tuh...Ingatkan best sgt la citer tuh...tapi hampeh...

Minggu berikutnya, disebabkan rasa bosan yang melanda, hubby ajak tengok wayang lagik...Kali ni hubby yang book kan tiket online...first time tuh dia nak book tiket online sbb sebelum nih dia asik suruh saya je yang bookkan...tapi of course la guna i punya login account kan sbb dia mmg malas nak create account sendiri...This time kitorang tgk citer "From Paris With Love"...dia nak tgk sbb ada John Travolta berlakon...Sekali lagi kami rasa citer ni hampeh...Mat saleh ni kalau buat citer pasal terrorist mesti nak kaitkan org Islam...Menyampah tul...padahal rakyat negara Israel tuh lagi melampau aktiviti keganasannya, tp diaorg tutup sebelah mata je...huh

Dan akhirnya, sabtu lepas saya ajak hubby tgk citer "Alice in Wonderland"...kali nih saya yang book sbb saya yang ajak dia kan...pada saya citernya menarik tp hubby kata boring...eleh, boring2 tp segar gak mata tgk citer sampai abis...hihihi...

Oh, ari sabtu lepas gak kitorang gi Hospital Bersalin Razif...nak survey sekali dgn booking utk bersalin sekali nanti..Cakap pasal bersalin rasa takut lak...hish, camne la keadaan saya apabila tiba masa utk melahirkan nanti ye...skg dah masuk 25 minggu..lagi 15 minggu je lagi nak due date...takut ar...Hmm, jangan stress, kena relax je...Mudah2an Allah akan mudahkan proses melahirkan anak saya nanti...Amin..

That's all for now...adios

Tuesday, March 9, 2010

Hari Wanita Sedunia...

Semalam, 8 Mac 2010 merupakan sambutan hari wanita sedunia...So, kepada semua wanita diucapkan "Selamat Menyambut Hari Wanita". Even dah terlambat satu hari pun kira wish gak la kan... Baru sedar yang rupanya mmg ada sambutan hari wanita sedunia.. Tu menunjukkan pengorbanan kaum wanita dihargai seluruh dunia...Bertuah kan jadi wanita...

Oh, smlm jugak hari saya check up...Saya mmg dari bulan 12 tahun lepas lagi kena check up 2 minggu sekali sbb kena kencing kotor..pastu hb level saya pun rendah... Nasib baik check smlm kencing dah ok, tak kotor lagi..hb level naik sikit tapi still rendah..berat lak naik 2.2 kg menjadi 61.5kg...tinggi uterus lak dah terlebih dari usia kandungan...28cm..doc ckp sepatutnya kalau lebih pun mesti dalam 2 cm je tapi saya nyer tinggi uterus tuh dah terlebih 4cm...tp so far doc cakap takde pape...

Tu je la pasal check up kali nih...22hb Mac nanti ada check up lagi...hopefully hb level naik ke paras normal...

See ya...

Monday, March 1, 2010

Pregnancy...

This week will be my 23rd weeks pregnancy...Last week punya check up, my weight dah 59.3kg..still hb level rendah...oh, tinggi perut dah 19 cm...baju2 tshirt masa kurus2 tuh dah mula ketat...so the solution, pinjam baju my hubby...Nasib hubby badan besar, jimat duit kan...tak yah beli baju baru...

My baby dah mula gerak2 dgn lebih agresif...kadang2 ada rasa dia kicking2...best gak ar bila rasa dia kicking2 tuh...

Paling ketara sekarang, saya punya selera makan ar...menjadi2...no wonder berat badan pun naik mendadak...tapi yang bestnya, saya jenis tinggi...so tak nampak gemuk, cuma perut je yang naik...huhuhu...my hubby pun suka badan i skg, dari dulu dia suruh naikkan berat badan nih...tapi sebab saya jenis badan yang susah nak naik so tak dapat2 nak tunaikan apa yang dia mintak tuh...skg je la baru dia rasa badan saya naik..

Hmm, pe lagi nak citer ek...that's all la for now...later2 citer lagi ye...daa

Monday, February 8, 2010

Berat naik terlebih...

Ari ni saya pegi maternity check up...biasa ar problem hb rendah tuh..tp kali ni berat saya bertambah sebanyak 2.8kg menjadi 56.6kg...pada saya kira ok la sbb before pregnant mmg saya underweight...tapi nurse kat klinik lak ckp, eh awak dah terlebih naik berat badan nih...patutnya naik setengah kilo je bulan nih...masuk 6 bulan baru leh naik 2.5kg sebulan...saya terkedu gak ar...tapi salah ke org underweight naik berat badan lebih sikit masa pregnant? Kalau diikutkan berat saya skg nih, 56.6kg tu kira ideal dgn tinggi saya...tu kalau tak pregnant ar...tapi leh lak nurse tu cakap bahaya kalau naik berat badan terlebih dari skala yang ditetapkan, terdedah pada risiko tekanan darah tinggi...ish, dah terang2 tekanan darah saya ok...so apa yang nak dirisaukan lagi kan? Tak faham betul ar dengan klinik tuh...

Sunday, February 7, 2010

Day 4 and 5 of Bali trip...

Untuk ari ke4 dan ke5 saya sekalikan sbb tak banyak pic yang diambil dan boleh dikongsikan bersama di sini...Untuk hari ke4, kitorang buat aktiviti bebas...bershopping menghabiskan duit di kuta...time nih jalan kaki je, tak amik pak supir...boleh exercise...:)

After breakfast, my hubby and i berposing kat centerstage HRH...


auw, nasib tak posing meniarap...:p




Kat dlm area centerstage tuh banyak baju2 yang kononnya telah dipakai oleh artis2 terkenal...so my hubby amik kesempatan posing kat himpunan koleksi baju2 tuh...




Tak abis2 gambar kat centerstage nih...dah hubby suruh posing kat situ, nak wat camne...heheheh




Lokasi shopping pertama yang dah brape kali da masuk sini...Hard Rock Megastore..Lepas kuar dr tpt nih, gi starbuck kat sebelah megastore nih, claim coupun discount...Oh, pic2 sepanjang berpeluh2 bershopping tuh tak disnap oleh hubby sy ye...tp antara aktiviti yang dibuat sepanjang berjalan tuh, my hubby gi try refleksologi, saya pulak buat hair spa...makan kfc...hmm, apa lagi yek...rasanya takde barang yang saya beli ari nih...kitorang berjalan sampai la petang...kul 5.30 ptg balik hotel utk sesi berendam dlm swimming pool...




Ni la pool nya...




Before terjun amik gambar dulu...:)

Time lepas bergambar nih, hubby sy tak sabar2 nak terjun pool..saya lak merajuk sbb dia tinggalkan saya sorang2, terus balik bilik...lepas dia interkom suruh turun balik baru saya turun and mandi kolam tuh...tu la, wat i merajuk lagi...padan muka...kitorang berendam dalam pool sampai kul 7.30 mlm...Lepas balik bilik, relax2, solat kuar balik on 8.30 pm for dinner...kitorang makan mc'd je malam tuh...saya ada beli vanila cone tp ice cream kat sana cepat benar cairnya...takde nikmat langsung makan ice cream kat sana...huh


Day 5...

Untuk ari yang terakhir, wat final check..mana la tau ada tinggal barang...kang kalau tertinggal susah lak...after breakfast, posing dulu kat HRH...










finally, group photo...fiza, apsal muka ko ketat tuh? sedih nak tinggalkan bali ek? Heheheh

Lepas check out, kitorang bergerak ke spa...satu group wat spa okeh...hahaha...1 couple 1 bilik...hubby i teruja wat spa nih, siap amik facial package skali...almaklumlah first time gi spa...hehehe...

Lepas je abis sesi berspa nih, terus gi galeria jap...ada lak yang nak tukar baju...my hubby lak sempat sambar sehelai lagi tshirt planet hollywood...after that, we all terus gi airport...mau pulang.....:)




Ni tgh isi form...pregnant lady kena isi form evertime nak naik flight...we all arrive at Malaysia at about 10.30pm...sampai umah kul 11.10 mlm...penat giler...nasib esoknya saya cuti lagi...yeah!!!!

Sudah, tutup cerita pasal cuti...:)

Bali trip_day 3....

Dah ari ketiga pun sama gak bangun awal cuma hubby ku itu je yang susah nak dikejutkan...hihi Ari ni planning nak gi turtle island and tgk sunset kat tanah lot...oh, tak lupa juga mau membelanjakan wang2 rupiah yang ada...i tak pegang duit ar, my hubby je yang pegang...everytime teringin nak beli barang mintak duit kat dia...huh, such a king control kan...nasib tgh preggie ni tak giler bershopping, kalau terkena aku giler bershopping mau pengsan hubbyku itu...hahahaha

Here, enjoy the moment captured by us...;)


The journey for 3rd day was begin....nih kitorang kat pantai kat area Nusa Dua...tgh pilih pakej aktiviti yang nak dilakukan di sini...we had decided to choose glass boat package with turtle island...




Ni tgh on the way nak gi turtle island...kat atas bot nih ada kotak kaca kecik kat atas lantai bot tuh...leh tgk view bawah laut...tp takde pic yang diambil oleh hubby saya...




Ni dah kat turtle island...ni salah satu turtle yg ada kat situ...


Ni iguana...i tak mau bergambar dgn binatang nih tp my hubby suruh...huh, katanya wakil sbb dia penakut nak bergambar dgn pegang sumer binatang kat situ...hihihi


Mau pulang sudah...kat turtle island tu ada gak bergambar dgn binatang lain tp malas nak upload kat sini sbb rasa tak brape cun lak...


Ni kat atas bot, tolong pegangkan anak fiza...mak dia tgh terkial2 nak naik bot tuh...wah, terasa dah naluri keibuanku ini...hahaha



Ni dah kat planet hollywood at galeria...kitorang gi membelanjakan duit yang ada...ohh, sebelum gi sini kitorang lunch kat pizza hut yang ada kat dalam galeria tuh...


Another pic in front of planet hollywood...lepas nih nak gi tanah lot lak tengok sunset...


sampai dah kat tanah lot....




amik gambar kenangan dengan hubby kat tanah lot...


what a wonderful sunset...:)


pic ni kononnya nak bergambar dengan hempasan ombak yang ganas...:p

Lepas puas bergambar kat tanah lot nih, my hubby ada berbelanja sikit...beli souvenier utk member2 yang kat  tak pegi...lepas puas berjalan kat tanah lot, pak supir bawak kitorang gi makan makanan lombok...tapi sorry la ye, takde pic yang diambil sbb asik menikmati makanan...hihi...lapar giler ar time tuh...oh, makanannya sedap gak...yummy...:p

Day 4 and 5 akan menyusul...to be continued......


Friday, February 5, 2010

Bali...2nd day...

Hmm, dah jadi kebiasaan bila gi holiday saya akan bangun awal...kul 6.30 mmg dah bangun...rasa pelik bila bercuti kali nih sbb terasa waktu malam terlalu lama...hmm, pelik tul...sbb kat sana tiap2 malam mesti terbangun kul 4.30 pg...biasanya terbangun tuh bila waktu tido dah cukup tp bila kat sana...hmm, maybe suasana katil baru agaknya yang membuatkan saya tido tak lena...whatever lah...by the way, enjoy the pic attached here ya...



Breakfast time...:) Saya suka makan mini donut kat sini....sedap!




Sementara menunggu teman2 yang lain menikmati makanan yang ada kat HRH, kitorang amik kesempatan bergambar...sampai ke beach kuta tu hubby sy ajak bergambar ye...dah la HRH tu atas bukit, rasa mengah bila nak balik HRH semula...


Ni pemandangan pool side dari bukit kecik menghala ke HRH tu...




Yang ni kat galuh batik...tpt jualan batik dan kraftangan...tak beli pape pun, pic tu sekadar ala2 je...konon2 tgh pilih2 barang yang nak beli la...hihi




Ni hubby tgh berposing kat rumah bali...tpt ni kat dalam tpt batik tu gak...oh, hubby sy mmg suka berposing gak...hihihi




Hmm, ni lepas lunch kat restoran suling bali, kintamani...makanan kat sini ala buffet...kalau ikut tekak sy mmg tak sedap makanannya...oleh kerana sy sdg pregnant, so dont rely on my judgment ye...tekak org mengandung mmg mengada2 sikit...hahahha




Kat blakang tu la gunung batur, kintamani...still active gunung berapi nih...dpt tau from internet yang ada gak disediakan aktiviti mendaki gunung nih bg yang berminat untuk melihat matahari terbit...utk kitorang nyer group nih tak dpt nak adventurous sbb ada 3 org yang preggie termasuk ar saya...hmm, what to do...baby safety must come first...first baby is the most precious, so kena jaga baik2...:p




Gambar kenangan beramai2...masing2 dgn style tersendiri...:)




Oh, ni kat paddy terrace...lupa lak nama tempatnya...best tgk tanaman padi ... sini...sepanjang perjalanan asik nampak tanaman padi je...even kat kawasan tepi rumah pun ada org tanam padi...oh, kat sini gak ada dijual barang kraftangan...my hubby sempat ar beli lukisan utk bilik kitorang...tapi sian kat penjual tuh, terkial2 nak balut lukisan kitorang sampai saya kena tolong dia balut lukisan kitorang tuh...and sebagai balasan dia bagi kitorang souvenier...ok la tuh kan...:)


Ni kat pasar ubud...tpt ni kalau nak berbelanja kena pandai tawar menawar, kalau tak mmg koyak ar poket...peniaga kat sini mmg letak harga cekik darah punyer...lg2 pada tourist...kdg2 peniaga kat sini ganas gak seh...apa punya peniaga tah...kata bali nih bergantung sepenuhnya pada industri wisata(pelancongan) tapi peniaganya kasar tul kalau kita tawar harga yang lebih rendah dr harga yang dia leh tawar kat kita...leh rampas2 balik barang yang kita nak beli...ish ish...




Hmm, ni masa tgk kecak dance...masa ni sy sorang je yang preggie yang berani tgk kecak dance nih...yang lain tak berani...lagipun time nih ada pertunjukan pijak bara api...yang tu bahaya sikit ar sbb ada sesi "menurun"...i mean penari yang pihak bara api tu macam tak sedar diri/dirasuk masa pijak bara api tuh...




Oh, ni lepas dinner...time ni kitorang singgah hard rock cafe sbb ada yang nak beli baju...my hubby and i tak beli pape...puas ajak hubby balik bilik dulu sbb nak landing atas katil dah tp hubby ttp nak tunggu member2nya yang lain abis bershopping...tp akhirnya dpt gak balik dulu...tu pun muka i dah ketat giler rasanya...hahaha




Oh, here our room...time for sleep...:)

Oh, actually banyak ada tpt lain yang kitorang gi selain tpt2 kat atas nih...tp tak dpt sy sertakan pic di sini sbb takde pic yang menarik ar...utk pic2 yang menarik sila lihat blog fizamior...

Hari ke3 punya cerita sambung besok la ye...ngantuk ar...

To be continued...day 3...








Bali Trip...20th-24th Jan 2010

My husband and i were leaving for Bali trip on 20/1/2010 until 24/1/2010...Trip tu disertai teman2 sepermainan hubby dari kecik sampai la skg nih...bagus tul relationship diaorg...rasa kagum lak...

Kitaorg pegi 5 couples...rasa best gak la...nape aku ckp camtu? Sbb rasanya kalau aku tak pregnant mesti lg enjoy kot...boleh buat mcm2 aktiviti...tp dan pregnant nih, kena limitkan aktiviti, kadang2 cepat moody...sian hubbyku itu...terpaksa layan karenah isterinya nih...hihi...tp kalau bukan dia yang layan sape lagi kan...suka tul kena manja2 time pregnant nih...ish, melalut lak citer pasal pregnant...

Enjoy the moment which has been captured by my luvly hubby and me....

Kat airport, check in...huh, nak masuk check in pun kena tawaf...punya ar besar signboard check in/daftar masuk kat airport tuh, leh lak masuk kat pintu yang ada signboard international departure...sape ar yang jd ketua rombongan tu yek?




upon the arrival, harus bergambar beramai2...untuk kenangan bersama...hihi



Salah satu ukiran patung kat Bali...kat sini mmg banyak ukiran patung...tp kebanyakan ukiran berkaitan dgn agama Hindu ar...


Check in kat hotel...:)



Ni tgh menikmati our free welcome drink...relax2 sebelum berjalan2 disekitar jalan kuta...



Sebelum berjalan tu, amik gambo dulu ye...



Ni kat pantai kuta...it just in front of our hotel...



Sesi bergambar lagi...hehehe...kat belakang tu zura tgh tunggu turn nak bergambar kat surf board tu...dia bengang kat satu couple indon sbb asik diaorg je yang sibuk nak bergambar kat situ...hihi...



Oh, ni sesi dinner kat jimbaran...makanan boleh la..maybe sbb tekak saya ketika ini amat memilih...huhu



Malamnya, sampai2 kat hotel ada live band...kebetulan lak wednesday nite is ladies nite...so ada sexy dance...auww, suka lakiku itu tgk sexy ladies yang menari tu menonggeng...ish ish ish...time pic ni diambil sy kat luar duduk atas surf board yang dijadikan kerusi, dah tak larat sebenarnya...mau beradu.....

For day 2, sabar ye....to be continued......







Tuesday, January 26, 2010

Scan baby after back from Bali, Indonesia

Ari ni aku pegi Metro Maternity untuk scan sessions yang seterusnya...Baby just fine, tp rasa pelik sikit ar sbb masa first scan bulan lepas doc ckp kalau ikut size kepala baby umur dia 12 minggu tp bila scan petang tadi tgk2 umur baby dah 18 minggu...just back to the normal track...wow, sungguh pantas anak mummy membesar ye...dah nampak tulang belakang dia...baby makin besar even perut i kecik...jantina dia doc ada ckp tp lum leh confirm lagi...bila dah confirm baru leh kasi tau ye...hehehehe

Oh, i'm also just back from Bali...holiday with my husband and his frens...pic holiday will be upload later...See ya....

Wednesday, January 13, 2010

A beginner...

Hmm, org lain dah lame ada blog sendiri...tp aku? Dulu rasa malas ar nak berblog2 nih...malas nak update blog...baca blog org suka ar...hehehe...

Kenapa sekarang nih aku mula berblog nih? Sbb hubbyku itu yang suruh...hahaha...takde ar, alasan je tuh...actually saje je nak luah perasaan di sini sbb kata org meluahkan apa yang terpendam itu lebih baik dari menyimpannya di dalam hati sehingga menjadi pekasam...itu sungguh bahaya...huhu...kalau ikan pekasam takpe, boleh dimakan tp kalau hati yang merana? Uhh, sangat bahaya lagi2 dalam keadaan diriku yang berbadan dua sekarang ini...kang tak pasal2 tension anak yang ada dlm perut nih...hahahaha

Cukup2 la tu yek...karang tak jadi satu kerja pun nanti kalau asik nak tulis kat sini jek...dah ar kerja berlambak2...client sedang mengejar status report dan aku sedang mengejar payment bill yang telah dihantar kat diaorg...hihi..

k lah, sehingga saya ada mood utk menulis di post yang seterusnya...bye!!