Showing posts with label Babbling. Show all posts
Showing posts with label Babbling. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Bagus ke ko ni?

Baru ari ni rasa ada mood nak singgah blog nih.. Ye, mmg blog ni dah lama terabai.. Tapi rasa terkejut gak bila ada anonymous yg sibuk nak letak komen kat chatbox aku ni sibuk bagi komen pedas.. Kononnya aku berlagak bagus.. Untuk org yang berkenaan, jawapan aku adalah "YE, SAYA MEMANG BAGUS DAN EFISIEN DALAM PEKERJAAN SAYA"... Apa masalahnya kalau aku nak melepaskan perasaan aku kat sini.. This is my own blog, so i can say and post whatever i want to say.. Dan utk org yang tak puas hati tu, sukalah diingatkan bahawa blog ni je tempat aku meluahkan perasaan sebab kat ofis aku tak marah2 staf aku even diaorg buat silap..

Pasal keburukan diri tu, ye aku akui aku juga punya keburukan diri sendiri.. Sebagai makhluk biasa, kita bukanlah sempurna. Jadi untuk anonymous itu, komen2 anda tidak memberi bekas di hati aku.. Daa..

Monday, September 20, 2010

Salam Lebaran 2010

Holla.. Rasanya aku dah terlambat untuk membuat ucapan salam aidilfitri ini lantaran aidilfitri sudah disambut 10 hari yang lepas.. Tapi ada aku kisah? Yang penting kita masih dalam bulan syawal dan kita masih merasai kehangatan sambutannya.. Hahaha

Tahun ni buat pertama kalinya aku menyambut syawal yang mulia ini sebagai seorang isteri.. Opps, tambah lagi satu... sebagai seorang ibu.. Wah, advance tau.. Last year aku nikah raya ke-4.. Tak lama lepas nikah aku pregnant.. Bunting pelamin orang tua2 kata.. Rezeki cepat.. Dan masa raya tahun ni anak kitorang dah 3 bulan.. Dan 3 hari lagi hari sambutan ulangtahun perkahwinan kitorang... Uish, cepat betul masa berlalu.. Badan aku sudah kembang tapi asalkan orang kata nampak cantik aku tak kisah.. Sejak aku deliver Adhim muka aku pun dah licin.. Rasanya sebab darah2 kotor dah disedut semasa process pembedahan caesarean dulu.. Huhu.. Ada2 je la ko fida..

Oh, pic raya kitorang tak banyak amik pun sbb tahun ni hubby i demam + ada ulser tonsil.. Sampai 5-6 hari gak nak baik.. Tapi berjalan raya tetap jugek.. Aku tak peduli hubby aku demam ke tak.. Yang penting jalan2 bawak Adhim.. Sampai ke JB, Terengganu, Negeri Sembilan aku dan family berjalan raya..hahaha.. Cian my hubby, tapi takpela nasib aku tau drive.. So kalau dia tak larat aku leh drive and Adhim lak leh suruh adik aku jagakan.. And hubby leh ngorok.. ;)

Story mory yang lain akan dihebah2kan kemudian..sampai ketemu lagi di lain waktu dan masa.. Chow...