Thursday, November 4, 2010

Alkisah kelahiran...Part 1

Hello.. sepatutnya entry ni dibuat 4 bulan yang lepas tp disebabkan sedang dalam peralihan masa iaitu sedang dalam tempoh penyesuaian diri dgn tugas sebagai ibu, jadi entry ini ditangguhkan.

Sesi flashback: Kandungan aku masa dari 7 bulan lagi mmg dah songsang.. sampai la dah masuk 9 bulan, still songsang. So, klinik kesihatan telok datok buat surat rujukan ke hospital putrajaya.. Kenapa hospital putrajaya? Sbb aku dan hubby tak nak gi hospital klang.. Malas nak bersesak di situ..

So, 1/6/2010 tarikh temujanji aku dgn hospital putrajaya.. Setelah check up biasa dibuat, masuklah aku dan hubby berjumpa dr pakar kat situ. Dr azmi namanya.. Dia propose buat ECV kat aku.. Dia ckp tu jalan terakhir nak pusingkan baby ke laluan yang normal. ECV tu apa? ECV tu external cephalic version. ECV tu prosedur utk pusingkan baby yang songsang ke laluan yang normal dari luar. Kiranya macam bidan urut utk pusing baby songsang tu la tapi bezanya ni dr yang buat. Kira safe sikit la. Dr tu terangkan jugak pasal caesarean. Dia ckp kalau ECV tak berjaya, then we go for caesar. Then, my hubby mintak ECV. Dia kata better try ECV. Dia takut kena belah2 ni. Erk, macam dia lak yang nak kena belah. So, disebabkan taat pada suami so aku pilihlah ECV. Dr kasi date 10/6/2010 utk prosedur tu.

10/6/2010, aku puasa sbb utk jalani prosedur tu kena puasa. Reason: tak nak kasi tekanan pada perut. Sebelum prosedur tu buat check up biasa. Pastu check jantung baby. Bila jantung baby normal, nurse kasi injection utk kasi aku dgn baby relax. Selepas itu bermulalah prosedur ECV tu. Sakit rupanya prosedur tu. Pastu baby lak tak nak cooperate. Ada la setengah jam buat prosedur tu. Lepas tu check jantung baby lagi sekali, takut baby stress due to that procedure. Disebabkan baby ok dan tidak mahu berpusing (tetap nak perut mummy kena belah ye) maka dr set date utk caesar. Date bertuah adalah 16/6/2010.

Sebelum 16/6/2010 tu sempat aku melantak nasi minyak sepupu hubby aku kawin.. Haha, melantak nasi minyak kali terakhir sebelum berpantang.. 15/6/2010, aku kena admit kat wad hospital putrajaya. Hubby dgn parents aku hantar. Time ni boleh relax2 lagi, gelak-gelak bersukaria.. Bila org sumer dah balik, mula la rasa cuak. Huhu.. Malamnya, nurse siapkan aku utk operation besok paginya. Dr dtg utk interview sikit. Bermula 12.00 tgh malam, kena puasa.. Sempat aku baca Yaasin, buat penguat semangat.

Pukul 4.00 pagi nurse kejutkan aku, nak check jantung baby.. Pukul 6.00 pagi aku siap2, mandi. Keluar2 je bilik air tgk ada baju utk operation. Rasa cuak gak la. Nurse suruh tukar baju and makan ubat yang diaorg kasi. Pukul 7.00 pagi dah disorong ke bilik bedah kat tingkat 1. Sampai kat tingkat 1 tu, tgk2 hubby, mil dgn parents aku ada. Lepas salam2 aku disorong masuk.

7 comments:

  1. fida..aku baca ko kena pakai baju bedah pun dah seriau bayangkan keadaan tu..inikan yang mengalami kan..maklumlah penakut sket..pil pun takut telan..camana la nanti..(pejam mata takut)

    ReplyDelete
  2. oh, aku pun bukannya suka makan ubat zura..tp masa kat hospital tu secara automatik aku leh lak makan ubat lagi2 ubat air..tp kena telan gak..

    ReplyDelete
  3. keyn: sakit lepas operate je.. i mean lepas bius abis.. 2-3 hari lepas tu dah ok dah.. dah boleh jalan laju sampai my MIL cakap tak serupa org lepas bersalin..hihi

    ReplyDelete
  4. I currently pregnant 4 bulan. Nak buat appointment kat putajaya hospital.
    Dr. Azmi, masa dia scan, does he explain in detail about baby development?
    I dulu anak pertama c-sect kat kpj kajang (fetal distress).
    Anak yang ini, pun rasanya nak c-sect la.
    Dr. Azmi, jahitannya kemas?

    ReplyDelete
  5. hi syazrinee, dr azmi very helpful. dia selalu explain kalau kite tanya. cara dia explain sgt lembut.. sejuk telinga kite yang mendengar..hehe.. oh,time operate bkn dr azmi yang buat. Unless kalau u under FPP then kite leh mintak mane2 dr yg kite nak. hmm,psl jahitan lak, takde jahitan pun sbb dah plaster. so takde parut mcm lipan tuh, cuma garisan lurus jek..:)

    ReplyDelete
  6. Thank u. I akan pergi to Putarjaya Hospital esok. Nak ambil FPP juga dengan Dr. Azmi.
    Thanks ya :)

    ReplyDelete