Tuesday, February 18, 2014

Magnum gold icecream

Ada sesiapa yang dah cuba aiskrim magnum gold? Saya dah makan 2 kali. So far rasanya tak mengecewakan. Aiskrim ni limited edition kan? Dipasarkan untuk tempoh setahun sahaja i.e. 2014. Kalau tak silap la.

Rasanya tak manis sangat. Tak muak bila makan. Lapisan coklat luar tebal tapi rasanya tak terlalu manis. Sedang-sedang saja. Recommended icecream. Get it and taste it. Confirm tak menyesal. :)

Monday, February 17, 2014

Hutang oh hutang..

Tidak dinafikan zaman sekarang kalau tak berhutang tak berharta la kita. Takde orang yang nak beli rumah, kereta secara tunai. Tapi kita sebagai peminjam wajib la bayar hutang balik kan. Dah kita yang minta untuk berhutang, jadi kewajipan kita untuk bayar hutang tu kan.

Cuba baca ni, http:/http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140214/ba_03/Peringatan-orang-berhutang/www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140214/ba_03/Peringatan-orang-berhutang

Lagi-lagi bila kita tahu yang kita tak mampu nak guna nama kita untuk apply loan tapi kita masih nak apply loan dan guna nama orang lain untuk mencapai hasrat kita, maka tanggungjawab tu lagi berat. Kita ada tanggungjawab untuk bayar hutang tu dan kita ada tanggungjawab untuk memastikan akaun nama peminjam itu tiada sebarang masalah yang timbul. Kalau kita ambil sambil lewa sahaja, kelak akan menyusahkan nama peminjam tu kan. Walaupun nama orang yang kita guna tu saudara mara kita, tapi kita tak boleh ambil ringan. Mesti penuhi tanggungjawab kita. Kalau apa-apa yang terjadi pada akaun hutang tersebut, nama peminjam yang kena. Tak adil kan? 

Selagi tak kena batang hidung sendiri memang takde rasa apa-apa. Tapi bila dah terkena perit rasanya. Renung-renungkan. Post ni takde niat nak menyindir sesiapa, sekadar peringatan buat diri ini jua.

Car wash

Honestly sejak kahwin dan ada anak memang dah tak penah basuh kereta sendiri. Hantar car wash atau hubby cucikan. Tapi sejak dulu memang saya tak pernah percaya untuk meninggalkan kereta dekat car wash tanpa pantauan. Hmm, feeling itu masih wujud sampai sekarang. Kalau tinggalkan pun confirm paling lama dalam sejam sahaja. Ngam ngam timing untuk diaorang siapkan keje. Lebih dari itu memang hati takkan senang memikirkan kereta. Terpulang la orang carwash tu nak cakap apa tapi itu memang saya punya pe'el. How about u guys?

Thursday, February 13, 2014

Taska

Dulu masa anak sorang guna khidmat maid. Bukan kerelaan hati sebenarnya tapi dah terpaksa guna je la kan. Tapi masa saya pregnant anak kedua, maid nak berhenti. Alasannya suami dia dah tak bagi kerja. Lagipun dia dah takde anak kecil untuk ditanggung. Hmm, betul juga la kan. Takkan la selama-lamanya nak berjauhan dengan suami. Kalau boleh suami dia ulang alik takpe la. Ni, jauh. 

Jadi bermula saat itu, terpaksa cari taska. Taska pertama untuk my nadhim adalah Taska Lemon 3 dekat dengan area taman perumahan kemuning. Nape jauh dengan rumah? Sebab masa tu tengah pregnant so kena cari lokasi yang tengah-tengah antara rumah dengan tempat kerja untuk mudahkan urusan. Tapi masa tu nadhim duduk situ tak lama, dalam 2 bulan je camtu sebab lepas tu dah cuti bersalin.

Experience masa first day tinggalkan nadhim dekat taska tu. Hmm, very heartbreaking sebab dia menangis teruk. Hari-hari monyok mukanya bila nak tinggalkan dia kat taska tu. Tapi cuba sedapkan hati sebab masa tu dah tak berapa lama je nak cuti bersalin.

Bila nak sampai waktu bersalin ada juga cari-cari taska area yang tak jauh dengan rumah. Tapi kebetulan pula masa lepas bersalin ada isteri pekerja hubby yang free boleh jadi maid. So lepas habis pantang, guna la service isteri pekerja hubby tu tapi tak lama pun guna service dia. Dalam 1 bulan lebih je, ada isu di situ. Lain kali cerita.

Lepas maid kedua buat hal memang cari taska balik. Taska pilihan adalah taska Dhiya AlBaiti dekat taman perumahan bandar sg emas. Dekat juga dengan rumah. Kali ni hantar baby dengan abangnya. So far, dah setahun lebih diaorang duduk dekat situ.

Hari-hari hantar taska muka masing-masing ceria. Kadang-kadang memang la diaorang moody jugak tapi so far tak pernah rasa susah hati dengan service dekat taska tu. Maybe majoriti yang jadi pengasuh dekat taska tu kaum ibu so memang sesuai la untuk jaga anak-anak kan. Oh, taska tu berdaftar dengan JKM. So no worries. 

Wednesday, February 12, 2014

Air oh air..

Currently area banting ni ada problem air..  sampai taska anak-anak affected.. Haruslah kan sebab taska area taman perumahan. Tapi kesian juga sbb taska kena uruskan anak-anak kecil. Air utk masak, uruskan hal kebersihan anak-anak lagi. Hmm, hopefully masalah ni tak berpanjangan.

Monday, February 10, 2014

Comeback...

Really need to do comeback... Wait for my posting ya...

Thursday, August 25, 2011

Dekat bau "p**p", Jauh bau Bunga and harum...

Salam Ramadhan hari ke 25.. Aku takde mood sangat la.. Tak tau nak buat camne.. Straight to the point je la..

Sejak kahwin sampai la dah anak sorang ni aku stay dengan mertua kat Banting. Dulu masa mula-mula kahwin ingatkan nak cuba la duduk dgn mertua nih, yela tupun sebab suami yang mintak nak duduk dengan parents dia.. Family aku tak menyokong tindakan aku ni dan sampai sekarang family side aku akan tanya bila nak pindah rumah sendiri.. Yelah, bagi diaorang tak kisahla, kalau tak mampu beli rumah, sewa rumah dulu. Asalkan rumah sendiri. Aku pun dah banyak kali berselisih pendapat dengan suami pasal nak pindah rumah sendiri nih sampai aku pun tak tau nak buat apa dah.

Banyak faktor yang mendorong aku untuk ada rumah sendiri. Yang pertama aku nak berdikari. Tak nak la menepek dengan orang tua. Alasan nak jaga orang tua tu mungkin agak kurang sesuai buat masa sekarang sbb parents dia still sihat, boleh kemana-mana sendiri. Still aktif. Siap melancong gi oversea lagik. Lagipun adik beradik dia 2 minggu sekali balik, so aku rasa takde masalah kalau nak stay sendiri. Kitorang pun leh menjenguk parents dia even dah duduk rumah sendiri. Suami aku pun boleh belajar uruskan rumah sendiri. Takde mengharapkan orang tua je.Belajar uruskan anak.

Yang kedua, parents aku jauh. So bila sesekali datang sini of course la nak stay dengan aku kan and jumpa dnengan anak aku Nadhim. Lagipun anak aku cucu sulung. Bile dah duduk dengan mertua ni mestilah parents aku segan nak duduk rumah tu lama-lama. Takut menyusahkan mertua aku lak. Lagipun tak selesa lak nak bermanja dengan cucu sendiri depan mertua aku kan.. 

Yang ketiga, lokasi tempat kerja aku kat Klang. Susah nak ulang alik setiap pagi. Penat sebab 2 jam dihabiskan dalam perjalanan pegi belik keje je. Pastu malam anak sibuk nak menyusu lak. Pagi2 dah kena bangun siapkan makanan untuk anak. Terasa stress gak. :(

Yang keempat, aku jenis cerewet. Mertua aku jenis tak kisah, asal taram je. Benda-benda camni boleh membuatkan hubungan aku dengan ibu mertua boleh jadi dingin. Sama-sama memendam rasa. Bukan tak boleh baik dan serasi tapi rasanya tak sesuai duduk di bawah satu bumbung yang sama. Sebab tu aku nak pindah cepat sebab takut bila dah lama-lama nanti hubungan tu akan jadi buruk dan memberi kesan pada rumahtangga aku. 

So, memang betul pepatah yang mengatakan "Bila dekat bau busuk, bila jauh bau harum". Apa pendapat korang yek? Apa yang harus aku buat?