Monday, September 20, 2010

Salam Lebaran 2010

Holla.. Rasanya aku dah terlambat untuk membuat ucapan salam aidilfitri ini lantaran aidilfitri sudah disambut 10 hari yang lepas.. Tapi ada aku kisah? Yang penting kita masih dalam bulan syawal dan kita masih merasai kehangatan sambutannya.. Hahaha

Tahun ni buat pertama kalinya aku menyambut syawal yang mulia ini sebagai seorang isteri.. Opps, tambah lagi satu... sebagai seorang ibu.. Wah, advance tau.. Last year aku nikah raya ke-4.. Tak lama lepas nikah aku pregnant.. Bunting pelamin orang tua2 kata.. Rezeki cepat.. Dan masa raya tahun ni anak kitorang dah 3 bulan.. Dan 3 hari lagi hari sambutan ulangtahun perkahwinan kitorang... Uish, cepat betul masa berlalu.. Badan aku sudah kembang tapi asalkan orang kata nampak cantik aku tak kisah.. Sejak aku deliver Adhim muka aku pun dah licin.. Rasanya sebab darah2 kotor dah disedut semasa process pembedahan caesarean dulu.. Huhu.. Ada2 je la ko fida..

Oh, pic raya kitorang tak banyak amik pun sbb tahun ni hubby i demam + ada ulser tonsil.. Sampai 5-6 hari gak nak baik.. Tapi berjalan raya tetap jugek.. Aku tak peduli hubby aku demam ke tak.. Yang penting jalan2 bawak Adhim.. Sampai ke JB, Terengganu, Negeri Sembilan aku dan family berjalan raya..hahaha.. Cian my hubby, tapi takpela nasib aku tau drive.. So kalau dia tak larat aku leh drive and Adhim lak leh suruh adik aku jagakan.. And hubby leh ngorok.. ;)

Story mory yang lain akan dihebah2kan kemudian..sampai ketemu lagi di lain waktu dan masa.. Chow...

No comments:

Post a Comment