Monday, February 17, 2014

Hutang oh hutang..

Tidak dinafikan zaman sekarang kalau tak berhutang tak berharta la kita. Takde orang yang nak beli rumah, kereta secara tunai. Tapi kita sebagai peminjam wajib la bayar hutang balik kan. Dah kita yang minta untuk berhutang, jadi kewajipan kita untuk bayar hutang tu kan.

Cuba baca ni, http:/http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140214/ba_03/Peringatan-orang-berhutang/www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140214/ba_03/Peringatan-orang-berhutang

Lagi-lagi bila kita tahu yang kita tak mampu nak guna nama kita untuk apply loan tapi kita masih nak apply loan dan guna nama orang lain untuk mencapai hasrat kita, maka tanggungjawab tu lagi berat. Kita ada tanggungjawab untuk bayar hutang tu dan kita ada tanggungjawab untuk memastikan akaun nama peminjam itu tiada sebarang masalah yang timbul. Kalau kita ambil sambil lewa sahaja, kelak akan menyusahkan nama peminjam tu kan. Walaupun nama orang yang kita guna tu saudara mara kita, tapi kita tak boleh ambil ringan. Mesti penuhi tanggungjawab kita. Kalau apa-apa yang terjadi pada akaun hutang tersebut, nama peminjam yang kena. Tak adil kan? 

Selagi tak kena batang hidung sendiri memang takde rasa apa-apa. Tapi bila dah terkena perit rasanya. Renung-renungkan. Post ni takde niat nak menyindir sesiapa, sekadar peringatan buat diri ini jua.

No comments:

Post a Comment