Tuesday, July 19, 2011

Wanita Malaysia di tangga ke 16 carta stress sedunia

Dalam paper hari ni ada laporan statistic yang dibuat oleh AC Nielsen (ala company yang selalu buat survey tuh), menyatakan bahawa golongan wanita di India menduduki tangga pertama dalam carta golongan wanita yang stress. Malaysia menduduki tangga ke 16 dari senarai negara-negara yang lain. Kira tinggi jugaklah kadar wanita yang stress kat Malaysia ni kan?

Aku pun selalu stress. Pagi-pagi rasa stress nak berkejar ke tempat keje. Tempat keje aku kat Bandar Baru Klang, aku stay kat Banting. Aku ulang-alik setiap hari 1 jam pegi, 1 jam balik. Kira-kira 2 jam masa aku habis kat jalanraya je, menghadap jam dengan jalan rosak kat jalan Sukepi tuh.. Tapi kat ofis aku tak stress sangat, maybe sebab keje aku sekarang more relax tak macam kat ofis lama dulu..

Time dah sampai kat rumah pun takde stress sangat cuma bila anak aku yang sorang tuh susah nak tido je baru aku stress.. Hmm, so kesimpulannya hidup aku sekarang tengah-tengah, antara stress dengan tak.. Eh, boleh ke camtu? Whatever la.. Hihi

No comments:

Post a Comment