Thursday, November 4, 2010

Alkisah kelahiran.. Part 2

Kat dalam ruang menunggu sebelum ke OT, ada dr pakar bius interview aku. Asik la tanya nama,IC and kenapa aku kena caesar. Aku rasa ada la nak dekat 5 kali dia tanya. Sekali tanya je tak leh ke? Takut silap orang agaknya. Lepas tu aku kena sorong ke OT room. Bilik no 8.

Di dalam OT, dr bius separuh badan. Lepas dah kebas separuh badan baru masuk salur kencing tu. Sakit rupanya kena cucuk bius ni ek. Oh, tepat pukul 8.00 pagi selepas itu bermula sesi kerat-mengerat.. Time operate ni takde sape leh masuk temankan aku. Kalau ada peluang masuk pun lum tentu hubby aku nak masuk. Dia kata dia ngeri tgk belah2 ni. Bila sesi belah tu aku leh relax lagi, yelah diaorang pasang cd lagu dato' siti beb. Tapi dlm OT tu sejuk giler sampai mengigil2 badan aku dibuatnya.. Tepat kul 9.03 pagi, baby aku dah keluar. Nampak gak la dr angkat baby aku. Kuat giler dia menangis. Then, nurse bawak baby utk dibersihkan. Lepas tu bermula sesi mencantumkan keratan yang telah dibuat. Masa proses tu nurse bwk baby tunjuk kat aku. Dia suruh tgk bebird baby tu dgn cium. Syahdu rasanya time tuh. Bermula fasa menjadi seorang ibu.

Dah sudah tercamtum keratan itu, selesai sudah operasi. Sakit mula terasa sbb biusnya dah hilang. Nak beralih dari katil bedah ke stroller seksa betul. Tapi nak buat camne, yang penting operation selamat. Pastu aku dibawa ke ruangan pemulihan. Duduk bawah pemanas. Lepas setengah jam iaitu tepat pukul 10.00 pagi aku disorong masuk ke wad 2B. Parents aku tunggu kat wad. Dalam setengah jam lepas aku sampai kat wad, nurse bawak baby.

Ni lah baby tu...


Armand Nadhim bin Hermyzam
16 Jun 2010 (3 Rejab 1431)

Oh, cerita lain ek? Bakal menyusul.. Daa..



5 comments:

  1. comel...wajah baby baru melihat dunia...waktu doktor kerat2 tu apa persaan eh..sebab tu lah aku taknak dgr cerita org lahir kan baby..kalo dengar aku jadi takut..tp ni dah baca..rasa seronok plak.. especially bila baby dah keluar :-)

    ReplyDelete
  2. aku pun tak tau nak describe perasaan aku masa kena kerat2 tuh..tp sebenarnya aku nak tgk ape rupanya perut aku kena belah tu.. nak tgk camne keadaan dalam rahim aku tu..tapi diaorg hadang guna kain lak..patut diaorg tanya la kita nak tgk ke tak kan? Hmm..

    ReplyDelete
  3. eee..baik toksah tengok..kang pengsan kang...adoiii....tapi kelakar kan..kalo dapat tengok diri sendiri kena kerat2..mesti banyak komplen soh doktor tu masuk kan organ kita elok2..jahit elok2..haha..

    ReplyDelete
  4. ha tau pun kan kenapa aku nak tengok camne aku kena kerat..oh, tapi aku takde jahit..diaorg plaster je..so kesan kena belah tu kemas..

    ReplyDelete
  5. akak dah 3 kali dik.. dikerat.. hasilnya.. tengokla kart http://ezaiza.blogspot.com bila dah tengok baby ilang sgala keperitan.. 1st n 2nd time belah sakit time tue jer tapi yg 3rd ni akak hampir 2 minggu x leh bangun coz tempat belah tertetas.. issh sakittttt.. tp bila tengok baby segala kesakitan ilang.. tu ler keajaiban..

    ReplyDelete