Thursday, July 21, 2011

If that boy was my son..

Hari ni berita muka depan harian metro ada berita pasal budak umur 3 tahun kena seret sejauh 100 meter. Kecederaan yang dialami teruk. Kulit kepala koyak sampai Nampak tempurung kepala, 2 jari tangan kiri putus, kulit perut tersiat. Aduh, tak dapat nak dibayangkan sakit yang dialami oleh budak tu sewaktu kena seret dengan van tu.

SAKIT...keadaan mangsa yang cedera parah.
pic taken from harian metro

Pemandu yang bawak van tu pun satu, dah tau kau bawak budak-budak kecik tolong la tengok dulu diaorang dah turun van dengan selamat ke belum. Ni tak asik nak cepat je. Keselamatan harus dijaga gak, kang tak pasal-pasal kena saman dengan parent tuh. Kalau aku mmg dah siap-siap draft saman punya utk pemandu tu kalau kata la anak aku yang kena. Report polis confirm akan dilakukan segera. Yelah, utk jadi bukti masa trial nanti. Ish, aku lak yang rasa geram dengan pemandu tuh, cuba try kau lak yang kena seret sampai 100 meter.

Sori, entry emo pagi-pagi nih.

Tuesday, July 19, 2011

Wanita Malaysia di tangga ke 16 carta stress sedunia

Dalam paper hari ni ada laporan statistic yang dibuat oleh AC Nielsen (ala company yang selalu buat survey tuh), menyatakan bahawa golongan wanita di India menduduki tangga pertama dalam carta golongan wanita yang stress. Malaysia menduduki tangga ke 16 dari senarai negara-negara yang lain. Kira tinggi jugaklah kadar wanita yang stress kat Malaysia ni kan?

Aku pun selalu stress. Pagi-pagi rasa stress nak berkejar ke tempat keje. Tempat keje aku kat Bandar Baru Klang, aku stay kat Banting. Aku ulang-alik setiap hari 1 jam pegi, 1 jam balik. Kira-kira 2 jam masa aku habis kat jalanraya je, menghadap jam dengan jalan rosak kat jalan Sukepi tuh.. Tapi kat ofis aku tak stress sangat, maybe sebab keje aku sekarang more relax tak macam kat ofis lama dulu..

Time dah sampai kat rumah pun takde stress sangat cuma bila anak aku yang sorang tuh susah nak tido je baru aku stress.. Hmm, so kesimpulannya hidup aku sekarang tengah-tengah, antara stress dengan tak.. Eh, boleh ke camtu? Whatever la.. Hihi

Monday, July 18, 2011

Bukit Gambang Waterpark

Ni sebenarnya aktiviti kitorang masa bulan Jun, 2011. Kebetulan balik kampung, pastu ajak parents gi tempat nih.. Tempat ni consider takde la baru cuma aku je lum penah sampai.. Ni percubaan kali kedua nak bawak Adhim main air.. Dulu kat hard rock penang.. Kat sini semua expenses dlm taman tema air tu cashless.. Maksudnya tak guna duit cash langsung, card credit pun takleh guna yek.. Cuma kena top up siap2 before masuk and bila nak belanja diaorg akan scan barcode kat wristband kite tuh.. Kalau rasa tak cukup nilai yang ditop up, jangan risau sbb ada kaunter top up kat dalam tuh.. So, enjoy the pictures below..

Masa baru nak tukar baju

Ni kat salah satu tempat makan
Ambik mood nak main air
Daddy yang excited

Tengok piranha muntah air.. Adhim peluk mummy sbb takut..

My cheeky boy

Balik je dari sini, kulit my lil Adhim terus jadi gelap sikit.. Gambar tak banyak yang dapat diambil.. Wishing to go there again later..




Semangat Baru...

Hello sumer, rindu me tak? (Bajet macam ramai jek follower ko yek fida..hihi).. Lama menghilangkan diri sebab takde mood dgn orang yang dengki dgn kite.. Jeles la tu kite bagus kan.. Sekarang ni me tak kisah apa orang nak kata, malas nak fikir and sentap-sentap nih.. Tak kuasa mak nok..

Oh, life sekarang makin ok.. Dah start keje kat tempat baru.. Takde la baru mana, baru je sebulan keje kat tempat baru nih.. Currently belajar buat conveyancing, learning different area of practicing.. So, sekarang ni kalau ada sape2 nak beli rumah ke, nak draft agreement tenancy ke or whatever boleh la contact me ok.. (Sebenarnya promosi adalah dilarang ye dibawah Akta Profesion Undang-undang, tapi intention me Cuma nak bagitau kat kawan-kawan I kat sini jek.. so boleh kot..hihi)

My lil Adhim itu sudah 13 bulan umurnya tetapi masih belum berjalan.. Boleh la kalau nak menyusur tu tapi kalau nak berdiri atas kaki sendiri tanpa sokongan masih gagal.. Me fikir secara positif (konon nak sedapkan hati), ala belum timing dia nak berjalan lagi agaknya.. Adhim sekarang 10kg(ni bulan lepas punya timbang), 80cm tinggi (agak tinggi bagi budak2 yang sebaya dengannya), tetapi dia penakut.. Hmm, mewarisi genetik daddy mmg begitu, tak adventurous langsung.. Selalu ambil langkah selamat.. Hihi, truly daddy’s boy..

Oh, me still breastfeed my little boy tuh dengan jayanya tanpa top up dgn formula.. Hopefully dapat teruskan penyusuan sampai 2 tahun.. Pastu baru leh fikir nak conceive balik..

Oklah, sampai sini dulu.. Bila ada masa nanti me tulis balik yek..