Thursday, November 4, 2010

Alkisah kelahiran...Part 1

Hello.. sepatutnya entry ni dibuat 4 bulan yang lepas tp disebabkan sedang dalam peralihan masa iaitu sedang dalam tempoh penyesuaian diri dgn tugas sebagai ibu, jadi entry ini ditangguhkan.

Sesi flashback: Kandungan aku masa dari 7 bulan lagi mmg dah songsang.. sampai la dah masuk 9 bulan, still songsang. So, klinik kesihatan telok datok buat surat rujukan ke hospital putrajaya.. Kenapa hospital putrajaya? Sbb aku dan hubby tak nak gi hospital klang.. Malas nak bersesak di situ..

So, 1/6/2010 tarikh temujanji aku dgn hospital putrajaya.. Setelah check up biasa dibuat, masuklah aku dan hubby berjumpa dr pakar kat situ. Dr azmi namanya.. Dia propose buat ECV kat aku.. Dia ckp tu jalan terakhir nak pusingkan baby ke laluan yang normal. ECV tu apa? ECV tu external cephalic version. ECV tu prosedur utk pusingkan baby yang songsang ke laluan yang normal dari luar. Kiranya macam bidan urut utk pusing baby songsang tu la tapi bezanya ni dr yang buat. Kira safe sikit la. Dr tu terangkan jugak pasal caesarean. Dia ckp kalau ECV tak berjaya, then we go for caesar. Then, my hubby mintak ECV. Dia kata better try ECV. Dia takut kena belah2 ni. Erk, macam dia lak yang nak kena belah. So, disebabkan taat pada suami so aku pilihlah ECV. Dr kasi date 10/6/2010 utk prosedur tu.

10/6/2010, aku puasa sbb utk jalani prosedur tu kena puasa. Reason: tak nak kasi tekanan pada perut. Sebelum prosedur tu buat check up biasa. Pastu check jantung baby. Bila jantung baby normal, nurse kasi injection utk kasi aku dgn baby relax. Selepas itu bermulalah prosedur ECV tu. Sakit rupanya prosedur tu. Pastu baby lak tak nak cooperate. Ada la setengah jam buat prosedur tu. Lepas tu check jantung baby lagi sekali, takut baby stress due to that procedure. Disebabkan baby ok dan tidak mahu berpusing (tetap nak perut mummy kena belah ye) maka dr set date utk caesar. Date bertuah adalah 16/6/2010.

Sebelum 16/6/2010 tu sempat aku melantak nasi minyak sepupu hubby aku kawin.. Haha, melantak nasi minyak kali terakhir sebelum berpantang.. 15/6/2010, aku kena admit kat wad hospital putrajaya. Hubby dgn parents aku hantar. Time ni boleh relax2 lagi, gelak-gelak bersukaria.. Bila org sumer dah balik, mula la rasa cuak. Huhu.. Malamnya, nurse siapkan aku utk operation besok paginya. Dr dtg utk interview sikit. Bermula 12.00 tgh malam, kena puasa.. Sempat aku baca Yaasin, buat penguat semangat.

Pukul 4.00 pagi nurse kejutkan aku, nak check jantung baby.. Pukul 6.00 pagi aku siap2, mandi. Keluar2 je bilik air tgk ada baju utk operation. Rasa cuak gak la. Nurse suruh tukar baju and makan ubat yang diaorg kasi. Pukul 7.00 pagi dah disorong ke bilik bedah kat tingkat 1. Sampai kat tingkat 1 tu, tgk2 hubby, mil dgn parents aku ada. Lepas salam2 aku disorong masuk.

Alkisah kelahiran.. Part 2

Kat dalam ruang menunggu sebelum ke OT, ada dr pakar bius interview aku. Asik la tanya nama,IC and kenapa aku kena caesar. Aku rasa ada la nak dekat 5 kali dia tanya. Sekali tanya je tak leh ke? Takut silap orang agaknya. Lepas tu aku kena sorong ke OT room. Bilik no 8.

Di dalam OT, dr bius separuh badan. Lepas dah kebas separuh badan baru masuk salur kencing tu. Sakit rupanya kena cucuk bius ni ek. Oh, tepat pukul 8.00 pagi selepas itu bermula sesi kerat-mengerat.. Time operate ni takde sape leh masuk temankan aku. Kalau ada peluang masuk pun lum tentu hubby aku nak masuk. Dia kata dia ngeri tgk belah2 ni. Bila sesi belah tu aku leh relax lagi, yelah diaorang pasang cd lagu dato' siti beb. Tapi dlm OT tu sejuk giler sampai mengigil2 badan aku dibuatnya.. Tepat kul 9.03 pagi, baby aku dah keluar. Nampak gak la dr angkat baby aku. Kuat giler dia menangis. Then, nurse bawak baby utk dibersihkan. Lepas tu bermula sesi mencantumkan keratan yang telah dibuat. Masa proses tu nurse bwk baby tunjuk kat aku. Dia suruh tgk bebird baby tu dgn cium. Syahdu rasanya time tuh. Bermula fasa menjadi seorang ibu.

Dah sudah tercamtum keratan itu, selesai sudah operasi. Sakit mula terasa sbb biusnya dah hilang. Nak beralih dari katil bedah ke stroller seksa betul. Tapi nak buat camne, yang penting operation selamat. Pastu aku dibawa ke ruangan pemulihan. Duduk bawah pemanas. Lepas setengah jam iaitu tepat pukul 10.00 pagi aku disorong masuk ke wad 2B. Parents aku tunggu kat wad. Dalam setengah jam lepas aku sampai kat wad, nurse bawak baby.

Ni lah baby tu...


Armand Nadhim bin Hermyzam
16 Jun 2010 (3 Rejab 1431)

Oh, cerita lain ek? Bakal menyusul.. Daa..



Monday, November 1, 2010

Breastfeeding memory during confinement period..

Hello.. tetiba rasa nak citer pengalaman breastfeed masa berpantang dulu.. I deliver my baby through caesarean as my baby songsang from 7 months lagi.. I deliver kat hospital putrajaya which is hospital rakan bayi.. i deliver on 16/6/10, 9.30 am.. oops, pengalaman bersalin citer nanti la ek.. haha..

Oh, after i deliver tu i tak leh terus breastfeed my baby sbb i terlantar je tak leh bangun for 8 hours.. masa family in law dtg melawat tengahari tu i ingat nak breastfeed my baby tapi diaorg fikir susah nak breastfeed sbb i takleh bangun.. And diaorang lak tanya praktikal nurse yang ada kat situ boleh ke i bangun nak breastfeed my baby.. And jawapannya of course la tak boleh sbb i tak leh bangun.. tapi sebenarnya i boleh breastfeed my baby tapi kena ada bantuan dari org.. sedih i tau tak dapat nak breastfeed baby i seawal mungkin.. Lepas diaorg balik tinggal la i dgn my sister.. Tiba2 dtg senior nurse kat situ marah i sbb tak breastfeed baby i.. Dia kata i kena breastfeed baby kalau tak nnt rahim i tak kecut.. Then dia picit i nyer nipple.. Sakit masa dia picit tu and i nampak ada cecair kuning which is colostrum.. Dia cakap susu banyak ni and dia suruh my sister tolong pegangkan baby while i breastfeed.. Parents i masa tu gi lunch..

Hari pertama dan kedua baby i tak pandai latch.. dia nangis tak nak.. So i perah colostrum tu kasi minum pakai cup.. Kira ok la dari takde dpt colostrum langsung kan... Start ari kedua malam baru dia nak menghisap and nurse kat hospital putrajaya very helpful kalau kita mintak ajar camne nak breastfeed dgn betul.. Diaorg ajar breastfeed sambil baring lagi.. And bila i dgn baby kena admit kat paed ward pun diaorg very helpful on teaching how to breastfeed baby.. best ar diaorg nih.. i happy sgt masa kat ward sbb i dpt breasfeed tanpa gangguan even my baby kena phytotheraphy..

Lepas discharge ward i berpantang kat umah MIL selama sebulan.. Masa nih a bit tense sbb i tak dapat sgt amalkan breastfeed on demand sbb nenek dia tak faham sgt and dia over excited nak pegang baby tuh.. Tapi masa i pantang kat umah family i kat kg i happy sbb i dpt breastfeed baby tanpa gangguan.. So hasilnya baby i naik 1.2 kg lepas masa timbang on 2nd month.. Masa first month dpt naik few grams je..

Lagi satu masa pantang kat umah MIL dia slalu risau takut susu i tak cukup utk baby.. Tak sudah2 asik tanya tak nak tambah susu FM ke? I  ni jenis keras hati nak kasi gak susu ibu, tak beli pun FM.. Jenis menantu degil kan..Haha.. Dia slalu sgt risau sbb breast i jenis kecik so dia igt breast kecik tak banyak susu.. Tapi skg nih bila dia tgk stok susu i banyak baru dia diam..

Nak breastfeed anak kena keras hati sikit.. Macam i.. Haha..Takde la, yang penting azam kena kuat.. Susah memang susah.. Tapi result yang kita dapat mmg best.. I suka sgt tgk reaksi my baby skg bila dia nmpk i.. Mesti dia senyum plus gelak2 nak dapatkan i especially bila time nak menyusu.. Tenang sgt masa breastfeed dia... Ok la, i nak gi pump susu.. breast dah mula sakit nih.. Nih, pic permata hati yang dikasihi..


Daa..