Thursday, April 29, 2010

How far...

When we enter marriage life, there is no turning back..We just face whatever situation in marriage life with a guy or a woman who already become our spouse... Every moment no matter it is sour, sweet or bitter we are always manage to get through it together with him or her... SACRIFICATION is important... No matter who sacrifice first, the other one must do something to appreciate the sacrification...

But how far, and for how long for the one who always sacrifice should sacrifice all the time? Don't the other one has sympathy feeling inside them? Dont be too cruel... Please be fair to the other one... Its important to know that the one who always sacrifice for you loves you alot... Let them know also that you also love them by doing some sacrification for them... And you'll be loved more than ever...

Thursday, April 22, 2010

Suntikan inferon...

Suntikan inferon? Apa tu? Tu nama injection yang dikenakan ke atas pesakit yang ada anemia atau secara mudahnya kurang hb dalam darah la...Saya dikenakan suntikan inferon sebanyak 36ml dan dipecahkan kepada 10 suntikan...2 hari sekali kena injection ye...suntikan yang sakit tapi for baby's sake, ape jua sanggup dilakukan...;)

Sudah malas nak taip panjang2...nanti bila rajin saya sambung balik ok...daa

Tuesday, April 20, 2010

Anemia and Pregnancy

Yesterday, i had antenatal check up as usual...Thought my hb level was increased but it actually decreased...Feel so sad...tapi berserah je...So masa gi jumpa doc, i was advised to get injection to increase my hb level...i just said ok...so, doc tetapkan dose yang i perlu kena sebanyak 36ml divided to 10 times injection...setiap 2 hari sekali ye dan cucuknya di punggung saya yang semakin gebu itu...saya cuak gak sbb org kata injection tu sakit...nurse kat situ pun ada ckp yang bila kena injection tu ada side efeknya gak such as pening2, muntah2, rashes and sometimes ada gak leh pengsan...hmm, bila dgr mmg rasa takut gak..hish...pastu staff nurse tuh suruh i gi dptkan injection tu kat unit pesakit luar...ye la, mana tau saya pengsan lps dapat injection tuh...lagipun kat situ ada emergency unit...masa nak cucuk tuh, terpaksa la saya mengiring dan memberi punggung yang gebu itu utk dicucuk ye...masa nak cucuk tu nurse tuh suruh tarik and tahan nafas...adoi, mmg sakit masa dicucuk ye...rasa kebas sekejap kaki sebelah...so, duduk la jap kat klinik tu for 20 minit, ye la mana la tau ada pape efek lps injection tuh...lps 20 minit abis, i call my hubby to pick me up...:)

Itu pasal hb level low, lain2 perkembangan pasal my pregnancy...hmm, my weight incresed to 68.3kg, my blood pressure normal, baby heart beat normal and cuma doc je cerewet sgt pasal i nyer calculation baby movement...apa dia ingat keje aku asik duduk kat ofis je ke asik nak mengira bab movement...yang penting saya tau yang my baby always move...:)

Oh, here some info pasal anemia semasa hamil... got it from this website...http://ratuhati.com/

Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Apa itu Anemia

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.
Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian

Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.

Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia

Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.

Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
{mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.

Wanita yang mengandung kembar

Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.

Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.

Merokok dan meminum alkohol berlebihan

Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan

Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.

Kelihatan pucat

Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :
Loya

Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat

Sakit kepala dan pening

Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah

Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit

Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.
Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.
Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.


Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.

Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.
Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.

Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.

Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.

Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.

Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.

Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.

Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.

Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.

Tuesday, April 13, 2010

Hari yang gelap...

Hari ni terasa takde mood nak buat keje... Last nite my hubby request buatkan dia french toast...So pagi ni ingatkan before nak gi keje nak watkan dia french toast tuh...tp my MIL dah siapkan sarapan nasi goreng...Then hubby ckp tak yah buat la french toast tuh sbb mak dah masak nasi goreng...Terasa gak hati nih sebenarnya sbb saya mmg jarang masak sbb my MIL suka masak...So bila hubby request something utk saya masak, saya jadi excited...Even yang dia mintak tu sekadar goreng telur je..Tu pun kdg2 bila nak gorengkan telur utk dia ada je MIL kat dapur gak...So apa yang saya nak masakkan utk dia kdg2 tak menjadi macam yang saya harapkan...Quite sad...Can't say anymore words...nanti saya lagi sedih...:(

Monday, April 5, 2010

Geram...

Saya geram sangat hari ni...Esok saya cuti sebab ada antenatal check up, ultrasound and MGTT...So 3 in 1...Date tu klinik yang fix kan...And masa saya dapat date tu jadual kes mahkamah utk hari tersebut ada 1-2 kes je, so leh la lawyer yang ada handle...ni tetiba lak lawyer lagi sorang tuh cuti 2 minggu...pastu dia lak menambah lagi satu kes untuk hari esok...bos saya sampai tanya saya kenapa saya fix date mediacal check up ari esok...Dia siap leh tanya lagi yang kenapa i tak bawak court diary masa check up, so date yang i dapat utk check up tak clash dgn i nyer court case...hey, its not my fault ok...masa i dapat date tu ada 1-2 kes je...sape yang menambah lagi satu kes tuh kalau bukan you punyer lawyer kesayangan? Kalau takde MGTT dgn ultrasound i boleh pegi semua court case tuh and i leh check up petang...diaorg nih ingat i ni robot ke? Pastu ingat i sesuka hati fixkan date yang mmg kes tgh full...

Tensi tau...Huh...

Thursday, April 1, 2010

Income Tax...

Hello everybody...setiap tahun bila masuk je bulan April mesti ramai yang sibuk nak submit form kat LHDN utk taksiran cukai pendapatan...For me, this year is my first time i have to submit to LHDN and declare all my income for taxation...Hmm, leceh tul la...tapi terpaksa, nak wat camne kan...

Today i just got my pin number for e-filing system, so i dont have to fill up the form manually...Everything through online...Canggih sekarang nih, sumer online memanjang...Yang paling suka transaksi online2 nih my hubby la...suka sangat sbb bayar bil, transfer duit and segala bagai sumer online...For me, just the necessary transaction only yang i guna online...But for PTPTN payment i must do online sbb charges fee murah sikit..hehe...RM0.50 je compared to pay through their agent, RM2.00...

Opps, back to my e-filing...Pas dapat pin number tu terus la login kat LHDN tuh...there are compartment yang sediakan pc untuk kite online kat situ...tapi just utk urusan cukai2 nih la...bukan utk suka2...I try to fill up my form online...ada pegawai yang akan ajar kite camne nak isi form kat situ...Bile i dah isi form tuh, last sekali i diberitahu jumlah yang patut i bayar selepas rebate is RM200++...erk, terkejut i tau bila tgk jumlah banyak camtuh...oh, before that...camne i leh dapat figure2 utk diisi dalam form tuh? My office every year mmg kasi EA form utk mudahkan kite masa nak submit kat LHDN nnt...And, bila i tgk jumlah tuh, i panik gak...pegawai tu ckp yang i boleh balik dulu and cari mana2 source yang i leh kurangkan jumlah kena cukai tuh...fuh, lega i...

So, bermula mlm karang saya akan menyelongkar resit2 medical, buku, majalah tahun lepas utk digunakan masa nak submit form kat LHDN nnt...:)

Hmm, this week also my pregnancy dah 27 weeks...next week akan masuk thord and final trimester...huh, cepat tul masa berlalu...my baby also makin aktif menendang...hihi...bila baring nampak perut ternaik2 kena tendang...my hubby also look excited bila dia tgk perut i...The moment is so precious for both of us...tak sabar nak tunggu dia kuar...:)

That's all for now...see ya..